SELAMAT DATANG

Sabtu, 6 Oktober 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

TAHUN          : 4 FITRAH
TARIKH         : 5 OKTOBER 2011
MASA             : 8.30 – 9.30 PAGI
TEMA             : YANG BAIK JADIKAN TELADAN
TAJUK           : PAK SENIK YANG INSAF
OBJEKTIF     : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1.    Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata adjektif.
Fokus Utama            : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1 (i)
Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)
Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Fokus Sampingan: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i)
Menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk  berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa   : Kata Adjektif
Kosa Kata      : bakhil, muafakat, insaf, gelagat.
Kemahiran Bertambah Nilai          :
-          Kecerdasan Pelbagai         : VerbalLinguistik.
-          Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Power point, petikan cerita, kad perkataan
Penekanan Konsep 5P:
Penggabungjalinan            : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Penyerapan              : Ilmu dan tatabahasa.
Penilaian                   : Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (melalui pemerhatian).
Pengayaan               : Membina ayat daripada kata adjektif yang telah disenaraikan.
Pengisian Kurikulum          :
i.              Ilmu                      : Kesusasteraan.
ii.            Nilai murni                      : Insaf
iii.           Kewarganegaraan         : Bertindak dengan wajar.
iv.           Peraturan sosiobudaya            : Hidup bermasyarakat.
     
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LANGKAH / MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi
( 5 minit )

Murid ditayangkan powerpoint mengenai gambar haiwan

-          Murid diminta  membunyikan bunyi haiwan yang dilihat.
-          Contoh kambing, lembu, ayam, itik.
-          Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

BBM :Power point

Langkah 1
( 15 minit )

Murid diberi petikan cerita.

-          Murid diminta membaca petikan  cerita yang diberi dengan senyap.
-          Murid bersoaljawab mengenai petikan cerita tersebut.


-          Petikan cerita
-          Rujuk Lampiran 1

Langkah 2
(15 minit )

Murid membaca petikan cerita dengan intonasi dan sebutan yang betul.

-          Beberapa orang murid dipilih ke depan kelas.
-          Murid diminta membaca petikan cerita tersebut dengan intonasi dan sebutan yang betul.
-          Murid membaca petikan tersebut secara bergilir-gilir.




Langkah 3
( 10 minit )

Murid menyenaraikan kata adjektif.

-          Guru memberi  penerangan mengenai kata adjektif dan contoh-contohnya.
-          Murid diminta menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan cerita di papan putih.
-          Murid cuba membina ayat mudah menggunakan kata adjektif yang di senaraikan.



Langkah 4
( 10 minit )

Membina ayat menggunakan kata adjektif.

-          Murid diminta membina ayat menggunakan kata adjektif yang terdapat di dalam petikan cerita.
-          Murid dan guru berbincang mengenai ayat yang di tulis.



Penutup
(5 minit )


Rumusan dan nyanyian
(Lagu Bunyi Binatang)

-          Guru membuat rumusan dan penerapan nilai mengenai tajuk  yang di ajar.
-          Murid menyanyi lagu Bunyi Binatang dengan iringan kaset.

-          Radio/ kaset
-          Lampiran 2




LAMPIRAN 1
TAJUK : PAK SENIK INSAF
Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya, namun Pak Senik seorag yang sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin dan anak-anak yatim.
            Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah pula bernama Dolah. Dolah tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Pada suatu hari, Dolah dan Gayah menjemput Pak Senik kerumah mereka.
            Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.
“ Wah! sedap sungguh gulai kambing ni. Baunya pun harum dan menyelerakan”, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah hanya memerhatikan sahaja gelagat Pak Senik yang sedang rancak makan itu.
            “ Dari mana kamu dapat daging kambing ini?” Tanya Pak Senik.
            “ Saya semblih seekor daripada kambing ayah”, jawab Dolah selamba. Pak Senik sangat marah apabila mendengar jawapan menantunya itu.
            “ Kamu mesti bayar ganti ruginya”, jerit Pak Senik dengan kuat.
            “ Kami tidak makan daging kambing ini, mengapa kami mesti membayarnya?” balas Dolah. Pak Senik terdiam sejenak.
            “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Klau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampong akan menghormati ayah. Allah juga menggandakan rezeki ayah”, sambung Dolah dengan lembut.
            Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Orang-orang kampong juga semakin menghormati dan menyayangi Pak Senik dengan sikap pemurahnya itu.



















LAMPIRAN 2

Lagu Bunyi Binatang
Saya ayam
Kok, kok, kok, kok, kok…
Saya itik
Pak, pak, pak, pak, pak…
Saya burung
Pit, pit, pit, pit, pit…
Kami bunyi
Kok, kok, kok, kok, kok…
Pak, pak, pak, pak, pak…
Pit, pit, pit, pit, pit, pit…





Hasil Pembelajaran :
  • Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
  • Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Membina tapak pembelajaran yang mudah.
  • Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
  • Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam p&p Bahasa Melayu.
  • Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan Bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan: dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 

MINGGU 15


MINGGU 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
·                     Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
·                     Penggunaan komputer di sekolah
·                     Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.

Jenis-jenis pameran:
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

MINGGU 14


MINGGU 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:

Contoh Jenis Cakera Padat

Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu

Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan

Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
      · Cakera sastera seperti pantun, syair atau    
        cerpen pendek.
TATABAHASA
      · Cakera latihan tatabahasa

MINGGU 12


MINGGU 12

MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.
Jenis-jenis Alat pengarangan


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
·                     docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:

Aplikasi
   · Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui.

Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian